PAY ATTENTION

Assalamualaikum. Kalau anda mencari ruang untuk relaks, disinilah tempat dimana anda boleh mengikuti cerita yang saya karang :) InsyaAllah dapat memikat hati anda untuk membacanya ^_^

Friday, 24 October 2014

Surat Dari Hati Yang Setia

                                                                                                                           ------------------------
                                                                                                                           -------------------------
                                                                                                                           -------------------------
                                                                                                                           ------------------------

                                                                                                                                ---------------------

Dear Crush,
Haritu saya nampak awak dengan orang yang awak cinta. Saya nampak awak perhatikan orang yang awak cinta tu. mesti harapan awak tu sama macam harapan saya iaitu kalau 'dia' jadi milik kita. Kadangkala saya nampak awak tersenyum lihat dia. Saya juga nampak awak mengeluh bila lihat dia.

Awak kata nak cari perempuan yang solehah. Yang bertudung labuh, yang berkulit putih. Tapi saya hairan kenapa awak lebih memilih dia daripada saya. Apa kurangnya saya? Oh saya lupa. Saya tak cantik macam dia, Muka saya hodoh tak macam dia. Perangai saya tak matang / tak gila-gila macam dia.

Kalau awak nak tahu saya berubah sebab awak. kenapa awak tak nampak? Mungkin tuhan nak saya betul-betul ikhlas untuk berubah.

Haritu saya nampak tangan awak dipegang oleh kawan saya. Awak biar je. Bukan ke awak tu seorang yang kuat agama? Bukan ke awak tu teguh pendirian? Kenapa awak jadi macam ni?  Saya tahu awak terlalu mengikut trend dan awak dah pun terpedaya kan?? Takpe saya tahu awak tak macam tu. Saya tahu awak ni seorang yang alim.

Haritu saya happy sangat sebab awak jadi imam dekat surau sekolah. Tapi malang sangat kenapa haritu saya tak bolehh solat. Kenapalah takdir macam ni. Tapi tak apa saya tak salahkan takdir atau salahkan awak. Takpe, saya tunggu awak untuk jadi imam saya setiap hari pada suatu hari nanti jika diizinkan tuhan.

Haritu saya nampak awak makan dekat kantin dengan kawan-kawan awak. Saya sengaja duduk menghadap awak di meja lain sebab saya nak tengok awak makan. Saya pun beli apa yang awak makan. masa tu awak makan Nasi Lemak Telur. Walaupun saya tahu saya elergik telur tapi takpe. saya sanggup nak makan makanan yg sama macam awak makan. Esoknye cuti, muka saya ada bintik2 tapi takpe saya tak kesah.

Haritu saya nampak awak jumpa dengan adik angkat awak. Saya tengok adik angkat awak gembira dengan awak. Masa tu saya pun berangan dapat jalan dengan awak. Mesti best dapat mesra2 dengan awak. lagipun awak kan penyayang orangnya :)

Haritu saya terjumpa fb awak. Saya pun terus add awak. lepas seminggu saya pun buka fb. Kenapa saya tak dapat tengok fb awak? Kenapa awak dah tiada dekat senarai menunggu permintaan rakan? Saya pun minta izin kawan saya untuk pinjam fb dia. Saya search fb awak dan fb awak muncul. Kenapa fb awak tak muncul di fb saya. Oh. Awak block saya. Tak apa saya faham perasaan awak. saya tak akan ganggu awak lagi.

Haritu saya senyum kat awak. Awak jeling je kat saya. Takpe saya tak kesah asalkan awak nampak yang saya senyum kat awak dengan ikhlas. Saya tahu senyuman saya tak menawan macam gadis yang lain. Saya tahu saya takde lesung pipit Takde nur.

Haritu saya tegur awak. Awak tak layan saya. Awak pun tengking saya. Awak herdik saya macam saya membunuh ibu awak. Apa salah saya?

Haritu saya dengar awak panggil kawan saya 'sayang' . Hati saya masa tu memang hancur. Hancur sangat tapi takpe, saya boleh cantumkan hati saya ni balik semula. saya sedia untuk cantumkan hati saya lagi dan lagi sampai satu hari nanti awak yang cantumkan hati saya sehingga tak nampak retak ataupun kesan tampalan 

Haritu saya terima kutukan daripada awak. Takpe, awak jangan risau. Sebab telinga saya ni pekak jadi saya macam tak berapa jelas dengan apa yang awak cakap. Awak, cakaplah lagi saya suka bila awak cakap dengan saya. Tak kisahlah awak cakap buruk dengan saya pun saya sudi tau dengar.


Awak, kenapa awak marah sangat? Awak percayalah, saya tak suka dia. Itu semua fitnah. Kenapa awak nak salahkan saya?

Awak, kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak tak nak tegur saya? Kenapa awak cakap awak tak boleh hidup kalau ada saya? Kenapa awak selalu kutuk-kutuk saya? Kenapa awak jeling kat saya? 

Haritu, saya masakkan untuk awak. Tapi kenapa awak taknak makan? awak jijik ke bila saya yang masak? Saya ni kotor ke? Saya ni memang terlalu hina pada pandangan mata awak kan. Takpe awak, agaknya saya masak tak sedap. Awak jangan risau ye? Saya akan belajar masak sampai masakan saya tu sedap untuk awak jamah.

Awak, awak nak tahu tak? sejak akhir-akhir bulan ni awak macam baik dengan saya. awak tahu tak? saya gembira sangat. saya beranggapan yang semua kesabaran saya dah terbalas. rupanya tak.

Awak, saya sayang awak. saya nak awak tahu yang saya terima awak seadanya. walaupun awak jahat pada saya. Awak tolong maafkan saya. Saya hanya manusia biasa yang melakukan dosa. Kenapa awak tak maafkan saya? 

Awak, saya nak tahu sangat apa salah saya. Apa yang saya buat sampai awak begitu membencikan saya? Saya tahu saya hanya menyemakkan hidup awak. Saya mintak maaf sekali lagi.

Harini, saya dah tak ganggu awak dah. Saya biarkan awak untuk hidup bebas tanpa melihat saya. Saya biarkan awak untuk belajar tanpa melihat saya. Tapi saya nak awak tahu yang saya tak gembira dengan keadaan ni. Tapi kita dah besar, kita akan menempuh hidup dewasa tak lama lagi. Biarlah saya memilih pelajaran daripada awak. 

Harini, saya mula belajar untuk melupakan awak. Saya buang awak jauh-jauh dari hidup saya. Awak tahu? saya rindukan awak sangat-sangat. Saya mula terkenang saat-saat kita bersama. walaupun semua masa kita bersama adalah pahit tapi manis dipandangan saya.

Awak, harini saya dapat tahu yang awak dah berkahwin. Cantik isteri awak. Tak macam saya, buruk. 
5 bulan lepas tu saya dapat tahu yang isteri awak dah mengandung. Alhamdulillah. Mesti baby tu comell macam awak kan?? 

Awak, Harini saya ada pembedahan. Saya tahu awak tak tahu dan tak nak tahu pun. Saya minta maaf kalau saya banyak buat salah selama ni. Saya mintak maaf sebab mencintai awak. Mungkin awak ingat cinta saya ni cinta monyet tapi tak. Saya memang mencintai awak. 

Awak lepas awak baca surat ni, bermaksud saya dah tiada di dunia ni. Awak saya ada satu permintaan. Kalau saya dah meninggal, boleh tak awak tolong usung jenazah saya? Tolong bacakan yaasin untuk saya. Sedekahkan alfatihah untuk saya. Dan awak, kalau tak keberatan, bila anak awak yang bakal lahir tu perempuan, boleh tak awak letak nama Nur Mahfuzah?? Awak nak tahu tak kenapa saya cadangkan nama tu? sebab saya nak baby tu sentiasa dipelihara :) 

Awak, tolong simpan surat ni elok-elok ye. Ini wasiat saya untuk Nur Mahfuzah. 

Awak saya minta maaf sangat atas semua kesalahan saya. Assalamualaikum.




                                                                                                              -----------------,
                                                                           
                                                                                                              mencintaimu~